BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 2 Ogos 2009

AkU RiNdU...

Tiba2 aku digamit kerinduan kpd insan2 yg aku sayangi dalam hidupku.tersenyum seketika aku bila melihat gambar2 dalam album kesayangan.terkenang keletah anak2 buah yg begitu mencuit hati..ainul husna dan balqis.permata hati kami sekeluarga..yg terbaru..anak abg ngah..hanya gambar je yg jadi tatapan.tak sempat aku nak melihat dari dekat anak sulung abangku tu.dah jauh di perantauan mcm ni..kena redha je la…
Itulah hakikat yg perlu aku telan walaupun pahit.walaupun payah,aku kena terima segalanya dgn hati yg terbuka.kdg2 aku hanya mampu menangis dlm hati bilamana rindu ini datang menyapa.bilamana masaku kosong tanpa sebarang aktiviti,aku habiskan masa membelek album.

Kejauhan ini mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan tanpa org2 tersayang disisi.segalanya aku perlu hadapi sendirian.bermula dgn urusan rumah,diri sendiri dan urusan kuliah..segalanya aku lakukan sendiri.

Sebenarnya sejak dari kecil aku dah mula berdikari.seingat aku..aku mula berdikari sejak dari darjah dua.pergi sekolah naik bas awam.bayangkan..anak sekecil 8thn dibenarkan naik bas awam.Tanpa pengawasan org yg lebih tua.

Masuk sekolah menengah semasa selepas stam(Sijil Tinggi Agama Malaysia)aku bersama kawan2 lain buat urusan utk ke mesir secara berkumpulan.ibu dan bapaku sibuk dgn kerja.Mereka hanya mampu bagi duit saja utk aku.

Kadang2 aku rasa bagaikan tersisih dgn keluarga sendiri..aku sorang saja yg tercampak jauh di perlembahan nil ini.apa yg berlaku di tanah air lambat sampai kpd aku.ingat lagi aku kisah kematian atuk tahun 2007 lalu.setelah 3bln aku baru mengetahui tentang berita yg menyedihkan itu.hatiku bagaikan disiat-siat waktu itu.menangis aku tersedu-sedu.ketika aku telefon rumah waktu itu kakakku yg sarat mengandung menyambut telefon.dia memberitahu mak tak ada di rumah.hatiku masa tu dah rasa lain macam dah.3 hari berturut-turut aku telefon rumah.selama 3hari tu mak tak ada.pelik,mak ni ke mana?akhirnya kakakku memberitahu mak balik kampong.atuk sakit…
Aku cuba utk berfikiran positif.mak dan abah orang yg bekerjaya.bukan utk sesiapa.untuk kami jugak..anak2 mereka.tambahan pulak mereka mempunyi keterbatasan masa yg terhad dan anak2 yg ramai..6org.semuanya mempunyai kerenah tersendiri.Semuanya memerlukan perhatian dan kasih sayang dari mak dan abah tapi mana mungkin mak dan abah tunaikan semua harapan anak2 mereka kan?
Sebagai anak kita sepatutnya bertolak ansur dengan ibu bapa kita.cuba memahami situasi mereka.Begitu banyak jasa mereka kepada kita.sejak dari kita kecil hingga dewasa,tak terhitung banyaknya jasa itu.betul tak??kdg2 kita memberontak bilamana kita tak dapat apa yg kita minta dari mereka.tanpa kita sedari,kita sebenarnya dah melukakan hati mereka.Oleh itu,cuba kita muhasabah diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.Gembirakan mereka selagi masih ada waktu.Berbaktilah kepada mereka walaupun apa pun yang berlaku...try the best!!!