BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 12 Ogos 2011

Mampukah Aku?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekesih Allah
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah aku didik jiwa ini seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku..
Melihat pengorbanan puteri solehah,Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabahkan jiwaku..
Setabah Ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga..

Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan
Pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
bagai wanginya pusara Mashitah..

0 ulasan: