BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 28 Julai 2009

cara-cara mendidik kaum wanita..

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun
sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi
Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak
lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok
menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara
yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

1)JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.

2)JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN
MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.

3)Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.
4)AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
5)HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
6)PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan.Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak
menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau
women gladiator.

7)Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki
waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan
lahir superman tanpa superwoman.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak
boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN
YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH
MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal
tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal
lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak
pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan
kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila
tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah
kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri
sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan
jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA,
KALAU
PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...