BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 6 Oktober 2009

KaHwiNkAnLaH aKu

Imam Ghaffal bercerita :
Tetangga saya adalah seorang lelaki yang tidak mahu berkahwin.Yang menghairankan saya,pada suatu malam ia terbangun dari tidurnya lalu berkata “Kahwinkanlah saya!Kahwinkanlah saya!”.Maka kami bertanya kepadanya “Mengapakah kamu ingin berkahwin?Sedangkan sebelum ini kamu tidak menyukainya?”.Maka lelaki itu menjawab “Dalam tidurku aku bermimpi seolah-olah hari kiamat telah tiada dan manusia semuanya berkumpul di padang Mahsyar dalam keadaan kehausan.Tiba-tiba terlihatlah olehku anak-anak yang sangat ramai membawa tempat-tempat yang berisi airdibuat daripada perak dan ditutup dengan kain yang berwarna-warni,anak-anak itu member minum seorang demi seorang dari orang-orang yang kehausan di padang Mahsyar itu dan pada saat itu pula aku menghulurkan tanganku kepada mereka lali berkata “Berilah aku air untuk minum,sesungguhnya aku benar-benar dalam keadaan haus.Seorang anak pada waktu itu memandangku dengan mata yang tajam serta berkata “Sesungguhnya anakmu tidak ada di antara kami yang hadir pada saat ini,dan kami hanya diizinkan untuk member minuman kepada ayah dan ibu kami saja.
Itulah sebabnya kata lelaki itu,aku ingin berkahwin,semoga Allah mengurniakanku anak,dan aku berharap semoga Allah mengambil anakku itu (mematikannya) sebelum ia baligh