BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 6 November 2009

10 PERKARA MENYEBABKAN DOA TIDAK DIKABUL

Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata “Wahai penduduk Bashrah,hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara sebab itulah doa kamu tida dikabulkan”

1.Kamu semua mengetahui bermarifat kepada Allah,tetapi kamu semua tidak memenuhi hak-hakNya.

2.Kamu semua membaca Al-Quran tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran.

3.Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu semua meninggalkan sunnnahnya.

4.Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu semua mengikut dan membantu mengerjakan perbuatannya.

5.Kamu semua mengaku akan masuk syurga tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan untuk dapatkan syurga.

6.Kamu semua mengaku akan terselamat dari neraka jahannam tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu kedalam neraka jahannam.

7.Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu.

8.Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri.

9.Kamu semua telah merasai nikmat pemberian Allah s.w.t tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.

10.Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati di antaramu tetapi kamu tidak mahu mengambil iktibar dari itu.

0 ulasan: